Sabtu(11
Oct 08) En Zulkefle Ab Rahman pensyarah Jabatan R & D telah dijemput untuk memberi ceramah motivasi keibu-bapaan
kepada orang asli. Ceramah ini adalah atas jemputan pihak Sekolah Keb. Kuala Betis, Gua Musang dalam satu program kerjasama
IPSMB.
Seramai 150 orang asli telah menghadirinya sesi motivasi ini. Motivasi ini adalah bertujuan
untuk membuka minda dan melahirkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan kepada masadepan anak anak mereka. Menurut
pihak sekolah sambutan daripada ibu bapa pada kali ini adalah paling menggalakan berbanding dengan sebelumnya.
En Zulkefle berjaya menarik minat para peserta dengan pengalaman yang ada pada beliau. Dengan bantuan video dan audio
dan beberapa aktiviti, sesi motivasi telah dapat dijalanka dalam masa hampir 2 jam. En Zulkefle juga telah dibantu oleh 6 pelajar beliau (guru pelatih) sebagai pendedahan
awal kepada mereka yang bakal menjadi guru kelak.
Program ini di akhiri dengan jamua makan
tengah hari.